Search

[Sembang Malam]

Petang tadi seorang Ust...

  • Share this:

[Sembang Malam]

Petang tadi seorang Ustaz dari sebuah institusi agama menghubungi saya berkenaan dengan post saya mengenai Belum Islam boleh masuk ke dalam masjid. Dia menghubungi saya atas kapasiti peribadi. Ada juga beberapa lagi isu yang kami bincangkan dalam perbualan selama 30minit itu.

Beliau berkata orang bukan Islam tidak boleh masuk dalam masjd kerana menurut tafsiran & pemahamannya, kafir itu najis. Saya tanya najis dari rohani atau fizikal dan dia jawab fizikal. Saya hormati pandangannya & talian terputus.

Seperkara lagi yang menarik adalah beliau memaklumkan kepada saya ilmuan tempatan spt Dr Juanda Jaya, Dr Asri tak berapa betul dan tambahnya Dr Asri hanya lulusan Bahasa Arab sedangkan Dr Asri sendiri sudah membuat sidang akhbar berkenaan isu ini dan menafikannya.

Itu ilmuan tempatan. Ilmuan antarabangsa spt Bin Baz, al-Albani, Utsaimin, Dr Bilal Philips hatta Dr Yusuf al-Qaradhawi pun tak berapa betul katanya. Dia juga mengatakan mazhab Hanafi ikut logik dan tak sesuai dengan Msia. Hmmm... Selamat malam...

{[:-x


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts